Program Strateq Talent Development Membantu Malaysia Mengatasi Masalah Kekurangan Pakar Dalam Bidang Teknologi Maklumat
Sebagai sebuah syariikat penyedia penyelesaian dan perkhidmatan perusahaan bersepadu, Strateq Group telah melancarkan Program Strateq Talent Development yang bertujuan untuk menangani masalah kekurangan kepakaran dalam bidang teknologi maklumat. Apatah lagi sekarang, Malaysia tidak mahu ketinggalan untuk bergerak ke hadapan di zaman era digital yang semakin maju.
Info Mengenai Kumpulan Strateq
Menyerlahkan potensi diri sentiasa menjadi bahagian penting dalam perusahaan. Dalam era digital yang semakin meningkat ini, jurang mereka yang berkemahiran didilam teknologi merupakan masalah yang ketara kerana kemajuan perniagaan kini bergantung kepada teknologi. Melalui pengalaman berdekad lamanya, kumpulan Strateq berbesar hati untuk berkongsi dalam inovasi dan teknologi bagi membantu memperkasakan bakat dengan kemahiran yang betul.
Untuk info, program Strateq Talent Development ini menawarkan tiga fasa yang merangkumi pembelajaran asas, pensijilan dan latihan semasa bekerja. Program ini juga bertujuan untuk menangani cabaran kritikal yang dihadapi oleh graduan dan pemilik perniagaan sama seperti dalam mencari pekerja mahir yang sesuai dengan profesion yang ditawarkan. Antara objektif program ini sendiri adalah untuk menangani masalah biasa yang dihadapi dalam kalangan perekrut termasuk potensi pekerja yang memiliki kemahiran tidak sejajar, kekurangan amalan nerkomunikasi, ketelitian dan tidak bersedia untuk bekerja didalam dunia korporat.
Walaupun program ini masih awal, namun Strateq sudah dapat lihat hasil yang agak positif. Ini adalah melalui penilaianbatch pertama, pengambilan awal untuk program ini.
Fasa perintis telah dijalankan awal tahun ini dan Strateq telah bekerjasama dengan 9 universiti awam dan swasta di Malaysia. Strateq juga bercadang untuk menambah lebih ramai prigram pada masa-masa akan datang. Antara tujug universiti yangterlibat adalah seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sabah (USM), Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU), HELP University, UOW Malaysia dan KDU Kolej Universiti.
Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Strateq, sila lawati: www.strateqgroup.com
FEEL FREE TO DROP US A LINE.